|
|
| Monday, 11-Aug-2008 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
VISIT SCOTLAND - DAY 4 (City Tour Pt.1)
|
|
Setelah puas berjalan dan menikmati permandangan sambil menghirup udara nyaman di Highland, pada hari ke empat kami memilih untuk melawat bandar-2 utama di Scotland. Glasgow bandar utama di Scotland akan kami lawati pada sebelah pagi dan Edinburgh pada sebelah petang.
GLASGOW
GEORGE SQUARE
SECC - Scottish Exhibition & Conference Centre
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Aug-2008 15:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
VISIT SCOTLAND - DAY 3 (Loch Ness Pt.3)
|
|
LOCH NESS
Masa bergerak sungguh pantas, jam menandakan pukul 3 petang, ada beberapa tarikan di Fort William seperti Neptune Stair Case, Inverlochy Castle dan Crannog Smoke House terpaksa kami tinggalkan, ini adalah kerana perjalanan ke Lochness dari Fort William memakan masa sejam setengah. Destinasi seterusnya adalah Fort Agustus namun kami hanya singgah sebentar kerana takut terlepas peluang untuk menaiki bot di Loch Ness nanti.
Fort Agustus adalah pintu masuk ke Loch Ness jika datang dari selatan. Setelah mendapatkan maklumat di pusat pelancungan Fort Agustus kami terus bergegas ke Loch Ness Exhibition Centre ia terletak di Drumnadrochit. Di sekitar sinilah dikatakan ramai yg pernah melihat kemunculan Nessie. Beberapa tarikan utama di sini ialah The Loch Ness Monster Visitor Centre, Bravehart Visitor Centre dan juga Urquhart Castle.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Aug-2008 13:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
VISIT SCOTLAND - DAY 3 (Loch Ness Pt.2)
|
|
FORT WILLIAM
Sebuah pekan yang terletak di kaki gunung Ben Nevis dan di tepi pantai Loch Linnhe. Kami berehat seketika di sini untuk makan tengahari dan membeli barang keperluan kerana ini adalah pekan yg terakhir utk kami berbuat demikian.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Aug-2008 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
VISIT SCOTLAND - DAY 3 (Loch Ness Pt.1)
|
|
Hari ketiga kami menjelajah Scotland destinasi utama ialah ke Loch Ness. Adakah kami bernasib baik untuk melihat "Nessie", seekor raksaksa yg dikatakan mendiami dasar Loch Ness sejak ratusan tahun lagi. Ramai juga yg mengatakan pernah melihat kewujudannya, namun masih tiada bukti yg nyata tentangnya. Loch Ness adalah sebuah tasik yg terpanjang di Scotland dan mempunyai simpanan air tawar yg terbanyak.
Pastinya dalam perjalanan ke Loch Ness ini akan melalui kawasan gunung ganang yg sgt indah. Sebelum sampai ke Loch Ness kami akan melewati beberapa tarikan utama di Scotland seperti Glencoe, Fort William, Ben Navis, Fort Agustus dan beberapa pekan-2 kecil yg unik dan menarik
Glencoe
Salah satu gunung yg terkenal dengan panorama yg memukau mata memandang.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Aug-2008 19:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
VISIT SCOTLAND - DAY 2 (Loch Lomond Pt.4)
|
|
Setelah puas dan letih menyusuri tepian Loch Lomond dan dengan cuaca yg kurang menentu kami berpatah balik ke Glasgow. Glasgow adalah tempat kami bermalam untuk hari ini dan besok.
Oleh kerana hujan turun dengan lebat pada lewat petang, perut mula lapar pastinya Glasgow mempunyai banyak pilihan restoren halal. Chillies telah menjadi pilihan kami utk menjamu selera, selaras dgn namanya makanannya juga agak pedas.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Aug-2008 16:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
VISIT SCOTLAND - DAY 2 (Loch Lomond Pt.3)
|
|
LUSS & TARBET
Luss sebuah perkampungan yang terdiri dari cottage-2 yg sangat unik dan menarik. Pada asalnya ia dirikan utk kediaman para pekerja kilang kapas. Pada awalnya dikenali sebagai Clachan Dubh (the dark village) oleh kerana kedudukannya dikelilingi gunung ganang maka malamnya lebih panjang selama 2 jam berbanding dengan tempat lain.
Tarbet pula terletak ditengah-2 pantai barat Loch Lomond. Jetinya juga sebagai jeti utama bagi pengelola boat cruise di Loch Lomond.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Aug-2008 14:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
VISIT SCOTLAND - DAY 2 (Loch Lomond Pt.2)
|
|
HELENSBURGH
Dari Balloch kami meneruskan perjalanan ke Helensburgh, sebuah pekan yang terkenal dgn banglo-2 yg besar dan juga terdapat Royal Marine Museum. Jika bernasib baik kita dapat melihat kapal selam Royal Navy muncul di perairannya.
Inilah Hill House sebuah banglo di atas bukit yang mana kita dapat melihat keseluruhan pantai Helensburgh dari sini. Rumah ini dibina oleh arkitek terkenal Charles Rennie Mackintosh.
Permandangan pekan Helensburgh dari pesisir pantainya
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
VISIT SCOTLAND - DAY 2 (Loch Lomond Pt.1)
|
|
Seawal 7 pagi kami teruskan perjalanan menuju ke Scotland setelah bermalam di Preston. Destinasi kami kali ini adalah Loch Lomond. Loch Lomond adalah sebuah tasik yg terluas dan yg ketiga panjang dan dalamnya di Britain. Beberapa lokasi yang menjadi tarikan utama telah kami kenalpasti dalam lawatan kali ini. Balloch adalah pintu masuk ke Loch Lomond kerana kedudukannya yang berada di bahagian paling selatan Loch Lomond. Selain Balloch, St. Helenburgh terkenal dengan Hill House, manakala Luss unik dengan rumah-rumah cottage. Tarbet satu lagi pekan kecil yang unik dan menarik. Oleh kerana pada hari ini cuaca tidak menentu lawatan kami ini terhad pada pesisir bahagian barat Loch Lomond sahaja.
BALLOCH
Antara tarikan utama di pekan Balloch pastinya Lomond Shore Complex. Merupakan sebuah komplek yg lengkap dgn jeti, pusat membeli-belah, aquarium, playground, pusat hiburan keluarga, tourist info centre dan juga tempat menjamu selera. Di sebelahnya pula terdapatnya Maid of the Loch, iaitu sebuah kapal yg menggunakan tenaga wap dan gear pengayuh utk menggerakkannya. Ia dibina pd tahun 1818 dan merupakan kapal dari jenisnya yg terakhir dibina di Britain. Satu lagi tarikan di Balloch ialah Balloch Castle.
Perasaan sebenar Amsyar ketika cuba menerbangkan kapal terbang (apieen)
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Aug-2008 15:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
VISIT SCOTLAND - DAY 1 (Liverpool)
|
|
Kali ini destinasi kami adalah Scotland, bumi yang penuh dengan keindahan alam semulajadi yg menakjubkan. Perjalanan kali ini adalah yg paling jauh pernah dirancang dlm tahun 2008. Lima hari empat malam telah kami tetapkan dalam perjalanan kali ini. Tidak hairanlah itinerary kami kali ini bukan bertema libur dan santai, segala jadual telah disusun dgn padat. Pastinya ia satu perjalanan yg memenatkan, namun segala kepenatan berbayar apabila keindahan alam semula jadi terpampang di depan mata bak sebuah lukisan yg sangat indah buat santapan mata
Hari Pertama destinasi kami adalah Liverpool
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
COMING SOON......TRIP TO LOCH NESS INBHIRNIS (Inverness)
|
|
MAP OF LOCH NESS
|
|
|
|